Salawat oleh Imam Shafie

Khamis, 1 April 2010

1 Satu One


Satu @ One

Angka (1) sememangnya amat popular. (1) membawa pelbagai istilah-maksud dan kegunaan untuk kehidupan. (1) sentiasa menjadi rebutan dan kegilaan manusia. (1) merakamkan aneka ragam sejarah dan peristiwa bagi sesebuah negara, bangsa mahupun agama.

Wikipedia menjelaskan tentang Satu(1) dari sudut angka, digit, secara matematik, dalam sains dan teknologi juga sebagai perkataan. (1) adalah yang pertama, dikelaskan paling atas, paling awal, paling baik dan paling popular.

Satu sebagai kiraan, permulaan, tandingan, bandingan, himpunan dan penyatuan. Satu membuahkan cerita, peristiwa, sejarah, negara dan tamadun bangsa. Satu mendahului Satu yang lain. Antaranya, saat 1Malaysia dicanangkan, rupanya OneIsrael sudah mendahului. Dikala SKMM@MCMC rancak dengan Pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) dan memperkenalkan Magic Map (indah khabar dari rupa dan bahasa?  & bersandar kpd googlemaps/google earth dll), negara jiran mendahului dengan pelbagai "map" dan yang terbarunya OneMap (lebih berdikari). 


Ada segolongan manusia percaya dengan angka 1, lalu membawa kepada pelbagai teori, konsep, kepercayaan dan kumpulan maka lahirlah 11:11. Wikipedia juga menceritakan tentangnya, antaranya dari sudut numerology seperti di 11:11 (numerology).



T a m aT

Khamis, 4 Mac 2010

CaHAYA


Langkah


...Nun di saNA
di PenghujuNG JaLaN
ada CaHAYA
MeNanTi...

Khamis, 25 Februari 2010

Google Maps Car Chase



Google Maps Car Chase

Peta KehidupaN






Nafas-ku


...alangkah bertuahnya

andai sekecil-kecil amal kebaikan

dilakukan tanpa disedari

dengan seikhlas hati

rupa-rupanya

membawa erti

jika sebaliknya 

rugikan diri

abadi.





Isnin, 15 Februari 2010

Kemalangan...Accident !




Accident...Accident...Accident...!


Lazimya bila mendapat berita kemalangan-mengejut, hati terus menjadi berdebar-debar dan fikiran menjadi blur dan tidak tenang.
Apatah lagi jika kemalangan itu menimpa diri sendiri, keluarga atau sanak-saudara dan kenalan terdekat. 

Kemalangan yang menimpa adakalanya membawa kecederaan serius dan memberi impak trauma yang berpanjangan.
Ada diantaranya memisahkan diri dengan mereka yang tersayang. Yang disayangi pergi terlebih dahulu menghadap iLahi. "Pergi-nya tak kembali lagi".

Setiap orang ada pengalaman tentang kisah kemalangan yang menimpa diri. 
Berat mata memandang... berat lagi jiwa yang menanggung.

Benarlah... setiap naik-turun nafas ini, manusia tidak dapat lari dari qadar Allah. 
Pada kebiasaannya kita menganggap kemalangan itu adalah nasib buruk yang menimpa diri dan saudara yang ada. Itu pada tanggapan kita.

Walhal...pada hakikatnya, hanya Allah taala sahaja yang 
Maha Mengetahui.


Sebaik-baiknya kita hendaklah memperbanyakkan istighfar dan sabar sehingga berkekalan berbaik-sangka dan ridha dengan-Nya.

Moga-moga kemalangan yang berlaku menjadi sebab untuk diri ini mendapat keampunan, kasih sayang, bertambah kuat ibadah dan perasaan kehambaan kepada...
Allah Yang Maha Kuasa, Maha Adil, Maha Pengampun, Maha Pengasih & Maha Penyayang.



Sebagaimana ungkapan Sheikh Tosun...

" hamba yang baik hendaknya mengetahui bahawa yang terpenting adalah kedekatan kita kepada Allah. 
sarana untuk mendekatkan diri kepada-Nya adalah melalui ibadah & ubudiyyah. 
Ibadah-pengabdian, adalah mengerjakan hal-hal yang diredhai
Allah, sedangkan ubudiyyah-penghambaan, adalah merasa ridha terhadap apa yang dilakukan Allah taala"

  

Rabu, 10 Februari 2010

Program Ziarah Aceh 2010



(sila rujuk iptaf.net untuk keterangan seterusnya)

Sabtu, 30 Januari 2010

salawat & salam ke atas Nabi shallallahu 'alaihi wassallam

"Sesungguhnya Allah & Malaikat-malaikat-Nya bersalawat ke atas Nabi.
Wahai orang-orang beriman, bersalawatlah kamu ke atas Nabi dan ucap-
kanlah salam dengan penghurmatan kepadanya"
{surah Al-Ahzab 33:56}