Salawat oleh Imam Shafie

Selasa, 24 Ogos 2010

Ya Nabi Salam Alayka Lyrics & Translation




Rabu, 14 Julai 2010

Abu Dhabi

JaLaN - jALaN sekitar Abu Dhabi...

Sabtu, 1 Mei 2010

Air



Air Water H2O

Segala benda yang hidup sudah pastinya memerlukan air. Air ibarat nyawa bagi hidup dan kehidupan ini. Seketika tanah ini ketandusan hujan dan air maka sekalian manusia dan kehidupan lain menjadi gundah gulana.


Menariknya beberapa analisis dan statistik ditulis secara khusus tentang air terkandung dalam majalah National Geographic, keluaran April 2010. Serata tempat bumi telah dilaporkan oleh para journalis, jurugambar, saintis dan penyelidik semata-mata perihal air. Kata mereka "air adalah kehidupan".


Manusia mana mungkin mampu untuk mencipta walau setitis air. Sekalipun mereka tahu air adalah gabungan dua atom hidrogen dengan satu atom oxygen. Apa yang mampu dilakukan hanyalah pembenihan awan dan mengharapkan hujan mencurah ke tanah.


Perhatikan statistik berikut...


"We live on a planet covered by water, but more than 97 percent is salty, and nearly 2 percent is locked up in snow and ice. That leaves less than one percent to grow our crops, cool our power plants, and supply drinking and bathing water for households."
-National Geographic April 2010.


Hanya kurang dari satu peratus mewakili jumlah air tawar yang diguna pakai oleh seisi dunia. Fikirkan betapa pentingnya sumber air tawar yang sedikit itu jika dibandingkan jumlah sumber air sedunia.


Al-Quran menyatakan tentang air antaranya dalam surah al-waaqi'ah, rujuk Al-Quran dan teliti terjemahan berikut...


  • Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
  • Kamukah yang menurunkannya dari awan(sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
  • Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan ia masin maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
{al-waaqi'ah:Ayat 68,69 dan 70}


Ayuh! bersamalah kita bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah. Air adalah antara unsur yang penting  untuk hidup. Dikatakan 70% tubuh manusia terdiri daripada air. Kandungan air di dalam otak 74%, otot 75%, darah 82%, tulang 22%, gigi 5%, hati 69% dan buah pinggang 82%. 
Mungkin kita boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan, tetapi tanpa air tubuh ini akan mengalami hidrasi dan kita akan mati dalam beberapa hari sahaja. Air Oh Air!




"Water is life. It's the briny broth of our origins, the pounding circulatory system of the world. We stake our civilizations on the coast and mighty rivers. Our deepest dread is the threat of having too little - or too much."
-BARBARA KINGSOLVER, National Geographic 2010


T a M a T



Khamis, 1 April 2010

1 Satu One


Satu @ One

Angka (1) sememangnya amat popular. (1) membawa pelbagai istilah-maksud dan kegunaan untuk kehidupan. (1) sentiasa menjadi rebutan dan kegilaan manusia. (1) merakamkan aneka ragam sejarah dan peristiwa bagi sesebuah negara, bangsa mahupun agama.

Wikipedia menjelaskan tentang Satu(1) dari sudut angka, digit, secara matematik, dalam sains dan teknologi juga sebagai perkataan. (1) adalah yang pertama, dikelaskan paling atas, paling awal, paling baik dan paling popular.

Satu sebagai kiraan, permulaan, tandingan, bandingan, himpunan dan penyatuan. Satu membuahkan cerita, peristiwa, sejarah, negara dan tamadun bangsa. Satu mendahului Satu yang lain. Antaranya, saat 1Malaysia dicanangkan, rupanya OneIsrael sudah mendahului. Dikala SKMM@MCMC rancak dengan Pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) dan memperkenalkan Magic Map (indah khabar dari rupa dan bahasa?  & bersandar kpd googlemaps/google earth dll), negara jiran mendahului dengan pelbagai "map" dan yang terbarunya OneMap (lebih berdikari). 


Ada segolongan manusia percaya dengan angka 1, lalu membawa kepada pelbagai teori, konsep, kepercayaan dan kumpulan maka lahirlah 11:11. Wikipedia juga menceritakan tentangnya, antaranya dari sudut numerology seperti di 11:11 (numerology).



T a m aT

Khamis, 4 Mac 2010

CaHAYA


Langkah


...Nun di saNA
di PenghujuNG JaLaN
ada CaHAYA
MeNanTi...

Khamis, 25 Februari 2010

Google Maps Car Chase



Google Maps Car Chase

Peta KehidupaN






Nafas-ku


...alangkah bertuahnya

andai sekecil-kecil amal kebaikan

dilakukan tanpa disedari

dengan seikhlas hati

rupa-rupanya

membawa erti

jika sebaliknya 

rugikan diri

abadi.





Isnin, 15 Februari 2010

Kemalangan...Accident !




Accident...Accident...Accident...!


Lazimya bila mendapat berita kemalangan-mengejut, hati terus menjadi berdebar-debar dan fikiran menjadi blur dan tidak tenang.
Apatah lagi jika kemalangan itu menimpa diri sendiri, keluarga atau sanak-saudara dan kenalan terdekat. 

Kemalangan yang menimpa adakalanya membawa kecederaan serius dan memberi impak trauma yang berpanjangan.
Ada diantaranya memisahkan diri dengan mereka yang tersayang. Yang disayangi pergi terlebih dahulu menghadap iLahi. "Pergi-nya tak kembali lagi".

Setiap orang ada pengalaman tentang kisah kemalangan yang menimpa diri. 
Berat mata memandang... berat lagi jiwa yang menanggung.

Benarlah... setiap naik-turun nafas ini, manusia tidak dapat lari dari qadar Allah. 
Pada kebiasaannya kita menganggap kemalangan itu adalah nasib buruk yang menimpa diri dan saudara yang ada. Itu pada tanggapan kita.

Walhal...pada hakikatnya, hanya Allah taala sahaja yang 
Maha Mengetahui.


Sebaik-baiknya kita hendaklah memperbanyakkan istighfar dan sabar sehingga berkekalan berbaik-sangka dan ridha dengan-Nya.

Moga-moga kemalangan yang berlaku menjadi sebab untuk diri ini mendapat keampunan, kasih sayang, bertambah kuat ibadah dan perasaan kehambaan kepada...
Allah Yang Maha Kuasa, Maha Adil, Maha Pengampun, Maha Pengasih & Maha Penyayang.



Sebagaimana ungkapan Sheikh Tosun...

" hamba yang baik hendaknya mengetahui bahawa yang terpenting adalah kedekatan kita kepada Allah. 
sarana untuk mendekatkan diri kepada-Nya adalah melalui ibadah & ubudiyyah. 
Ibadah-pengabdian, adalah mengerjakan hal-hal yang diredhai
Allah, sedangkan ubudiyyah-penghambaan, adalah merasa ridha terhadap apa yang dilakukan Allah taala"

  

Rabu, 10 Februari 2010

Program Ziarah Aceh 2010



(sila rujuk iptaf.net untuk keterangan seterusnya)

Sabtu, 30 Januari 2010

salawat & salam ke atas Nabi shallallahu 'alaihi wassallam

"Sesungguhnya Allah & Malaikat-malaikat-Nya bersalawat ke atas Nabi.
Wahai orang-orang beriman, bersalawatlah kamu ke atas Nabi dan ucap-
kanlah salam dengan penghurmatan kepadanya"
{surah Al-Ahzab 33:56}