Salawat oleh Imam Shafie

Khamis, 1 April 2010

1 Satu One


Satu @ One

Angka (1) sememangnya amat popular. (1) membawa pelbagai istilah-maksud dan kegunaan untuk kehidupan. (1) sentiasa menjadi rebutan dan kegilaan manusia. (1) merakamkan aneka ragam sejarah dan peristiwa bagi sesebuah negara, bangsa mahupun agama.

Wikipedia menjelaskan tentang Satu(1) dari sudut angka, digit, secara matematik, dalam sains dan teknologi juga sebagai perkataan. (1) adalah yang pertama, dikelaskan paling atas, paling awal, paling baik dan paling popular.

Satu sebagai kiraan, permulaan, tandingan, bandingan, himpunan dan penyatuan. Satu membuahkan cerita, peristiwa, sejarah, negara dan tamadun bangsa. Satu mendahului Satu yang lain. Antaranya, saat 1Malaysia dicanangkan, rupanya OneIsrael sudah mendahului. Dikala SKMM@MCMC rancak dengan Pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) dan memperkenalkan Magic Map (indah khabar dari rupa dan bahasa?  & bersandar kpd googlemaps/google earth dll), negara jiran mendahului dengan pelbagai "map" dan yang terbarunya OneMap (lebih berdikari). 


Ada segolongan manusia percaya dengan angka 1, lalu membawa kepada pelbagai teori, konsep, kepercayaan dan kumpulan maka lahirlah 11:11. Wikipedia juga menceritakan tentangnya, antaranya dari sudut numerology seperti di 11:11 (numerology).



T a m aT

1 ulasan: